Wednesday 28 November 2012

Jom Jadi Baik


Jika ada segolongan di antara kamu yang beriman kepada ajaran yang aku diutuskan menyanpaikannya, dan ada pula segolongan yang tidak beriman, maka bersabarlah sampai ALLAH menetapkan keputusan di antara kita. DIA-lah hakim yang terbaik. [Al-A'raf : 87]

Bila nasihat kadang tak jalan,
Teguran dianggap ringan,
Peringatan dipandang enteng,
Ingatlah ayat dariNYA ini.

Although we have just done a bit for HIS religion, at least we are doing something rather than just keep criticizing or avoiding.
Spreading HIS words is not the occupation of ustaz or ustazah only, but it is our duty. Dulu, kini dan selamanya.

So, keep sharing, advising and spreading HIS words and HIS love to all.
#MARI JADI BAIK!#

Credit by :  Hajar Fazliana

Wanita & Aurat

"Dua meja yang mempunyai tudung saji diatas kedua-duanya. Satu tudung saji sempurna, satu tudung saji lagi berlubang sebesar duit RM0.50 sen diatasnya.

Kedua- duanya menutupi lauk pauk yang enak di dalamnya. Begitu juga halnya dengan kamu, Hawa. Jika bertudung biar sempurna. Jangan pula digayakan dengan t-shirt berlengan pendek.

Tudung saji yang berlubang kecil tetap dapat dimasuki oleh langau dan lalat. Maka akan basi dan rosaklah lauk pauk enak yang ada di dalamnya. Alangkah ruginya..."


Cantik bertudung litup

Credit by : Shahir af8 & encik GOogle

Monday 26 November 2012

Tabung Akhirat

Bismillah, Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.. ingin sekali saya share keadaan Gaza pada ketika ini. Selamatkan Gaza


Keterangan Lanjut sila layari ---------> Aqsa Syarif #fb

Credit by : Aqsa Syarif #fb

Save GAZA



Artis : Rabbani, Nowseeheart, Inteam, Saujana, - "Bebas Palestin"



Semester Break

Assalamualaikum... Cik Farhah tengah bercuti sem. Pejam celik, bangun tidur, tak sedar dah nak naik sem pun. so, lama tak on blog. Cik farhah tengah bercuti ni. Lama tak create info2 baru. So, Nantikan info dan cerita saya lepas ini.. Ada info dan cerita terbaru dan terhangat tau...


Tuesday 16 October 2012

Permudahkan Ya Allah


Assalamualaikum, lama rasa hati tak share ilmu dalam ni... Now, Cik Farhah dalam minggu exam. so, doakan saya dan kawan2 saya berjaya ye... Semoga Allah mendengar setiap rintihan hambanya. ampun dan maaf sekiranya ada yang tersinggung dengan kata2 Cik Farhah...
Wassalam....

"Ya Allah, mudahkan setiap yang ku lalui hari ini dan akan datang.. Amiin~ "

Monday 15 October 2012

Ketika Allah Mencipta Wanita


Malaikat datang bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"

Tuhan menjawab : "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"
Dua tangan mesti dibersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang digerakan dan berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan."

Mampu memberi keselesaan kepada anak- anaknya,

Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan,

Dan semuanya cukup dilakukan dengan kedua tangan ini,..

Malaikat menjawab,: "Hanya dengan dua tangan ini?"

"Tetapi, engkau membuatnya dengan lembut & halus,"

Tuhan menjawab :"Ya, Aku membuatnya dengan begitu lembut, tapi kamu belum dapat membayangkan"

Istimewanya Wanita..

Friday 28 September 2012

Apa itu NIKAH MUTAAH?


Assalamualaikum.. Musykil tentang nikah mutaah? jom baca article2 bawah ni..

1. Nikah Mut’ah: Antara Syi’ah Dan Ahlus Sunnah (1)


http://darulkautsar.net/article.php?ArticleID=2135

2. Nikah Mut’ah: Antara Syi’ah Dan Ahlus Sunnah (2).

http://darulkautsar.net/article.php?ArticleID=2197

3. Efek Kawin Mut'ah, Ulama Syi'ah Irak Tersangkut Kasus Video Mesum

http://darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3031

Credit By : GanyangSyiah

Thursday 27 September 2012

SEGMEN : Blog Review by Piko

Salam alaik.. time2 cenggini la nak join segmen blog. Baru follow, terfollow abang ni... Smart kan? Pink la Vespa abang Piko... 

Saturday 15 September 2012

Riadah Sukan Memanah


Rasulullah SAW bersabda: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim)
Banyak hadis menyebut mengenai acara sukan yang sangat popular pada zaman Rasulullah SAW seperti memanah, menunggang kuda serta berenang.
Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)
Credit By : Shafiqolbu

Sebelum Aku Bernikah

Assalamualaikum warahmatullah... heLlooo~~ ada sesiapa yang dah beli buku ni ke? "Sebelum Aku Bernikah" ha~~ elok lah tu kalau tak beli lagi.. So, apa lagi, jom pergi ke kedai buku yang berdekatan beli buku hasil tulisan Hilal Asyraf.. untuk yang dah bernikah pun boleh, bagi hadiah kat member yang tunang ke, dekat adik, kakak, abang, abang special.. sekurang2 nye sama dapat ilmu.. "ada Ilmu Kita Share okey"
So, kepada sesiapa yang nak beli buku ini, ada boleh klik  Langitilahi dan boleh klik ----->Facebook Langitilahi


Saturday 8 September 2012

Baru Tahu #3


Korea sedang Menjatuhkan Islam di Seluruh Dunia dengan menggunakan OPPA GANGNAM STYLE !! Lagu dan Style tu Menghina Nabi Muhammad SAW... ~Astaghfirullah Al-Azim~ Lirik Lagu tu ada yang Bermaksud "Konon ada Binatang BURROQ", "Konon

boleh Sampai Langit ke-7" Kan Baginda naik ke Langit menggunakan BURROQ??? ~Penyanyi itu juga buat Style Silangkan Tangan dia, kan tanda Salib tu???... Even Baginda per

nah Cakap, BURROQ tu Sangat Laju dan tak sama dengan Riding Kuda, jadi Penyanyi itu terpaksa Silangkan tangan untuk Grip Kuat Style Kuda tu... Korang Perasan tak??? Boleh Membawa kepada Murtad!!! Sebar kn... #Aku tak peduli Bende nih Sahih ke tak, yang aku tahu, aku Sayangkan Agama aku ISLAM!!! ~Kalau korang nak marah aku broadcast bende nih, aku tak kesah, cuma aku taknak diPersoal kat Akhirat nanti. Daripada layan benda " OGS " baik layan lagu yang korang tahu maksudnya kan ?



- CopyPaste (: Facebook (tak tau siapa punya .. ) 

Friday 7 September 2012

Thanks Abang Apit

Assalamualaikum.. Salam Jumaat.. Dengan segala hormatnya.. Saya nak tunjuk hadiah segment. Kira saya jugak tersenarai di kalangan mereka yang terpantas. hehe.. Thanks, Syukran ye Abang Apit.. Comel.. Dah letak kat sedibar Blog saya. Sila lah ushar ye.. OkBye.. 

Baru Tahu #2

Tahukah Anda? 

4 September setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Hijab Sedunia. Rentetan daripada peristiwa larangan pemakaian tudung oleh Kerajaan Perancis terhadap wanita Muslim pada 4 September 2002. Tahun ini genap 10 tahun ia diraikan. 

Yang menghairankan adalah Wanita Muslim di barat berjuang bersungguh-sungguh dan sanggup mati untuk menuntut hak menutup aurat sedangkan segelintir Wanita Muslim di Malaysia bersenang-lenang menayangkan aurat mereka kepada yang bukan mahram. 

Nauzubillah.

Credit by : Aliff Cullen

Thursday 6 September 2012

SEGMEN CIKMISI LEEN : PENCARIAN BLOGLIST SEPTEMBER

Assalamualaikum... thanks Cik Misi follow saya dan melamar saya join segmen dia.. (Blog dia santeeek) Toche2x.. untuk menghargai Cik Misi  saya pun suka nak sertai segmen Cik Misi Ini adalah segmen ke 2 saya join.. dah pun klik sana, klik sini mengikut tata tertib yang telah termaktub dalam blog dia..hehe. sume dah follow.. 

Kepada Cik Misi  jangan lupa follow di  Blog Cik Iman Nasuha dan LIKE SINI ye... 

Monday 3 September 2012

Baru Tahu #1

Assalamualaikum.. selamat malam semua.. Dah menunaikan kewajipan ke? Kalau tak lagi, sila lah tunaikan kewajipan okey. Okey readers, ramai yang tak tau kan. Kadang- kadang secara tidak kita sedari, kita dah menzalimi diri kita. Yeke? Ooooo.. (agaknya macam tu la bunyi kita yang tak tau.. saya pun baru tau ni.. hehe~) -----> Let's us read. 
                      
Dah baca jangan lupa follow si cantik manis ni... Cik Iman Nasuha


SEGMEN : Kata-Kata Semangat Saya

1. Everything is Okey
2. Remember Allah is always beside of you
3. Ilmu itu Indah. so, Indahkan lagi okey.

"Bersemangat untuk hari ini, jangan dirisaukan kesalah yang kelmarin. cuma jadikan ianya sebagai pengajaran untuk menempuh hari esok."

"Dalam meniti usia dan perjuangan untuk mencari ilmu, mencari rezeki dan mencari sebuah kehidupan yang mungkin sempurna walaupun ada kekurangannya kerana dalam hidup ini tiada apa yang sempurna kecuali zat Allah.. oleh itu, sentiasalah mengejar akirat, kerana apabila kita mengejar akhirat, dunia akan mengejar kita."

Nick Name : Miss Farhah
Jangan lupa singgah ke blog ni -----> fizgraphic
Jangan lupa klik sini -----> KLIK

Sunnah Rasullulah #1

All Right Reserve & Copyright By Photoline Creative Studio 2012

Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :


" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya" (Riwayat Abu Daud no.1260)


Credit by : Informasi.my

Sunday 2 September 2012

GANGNAM STYLE

SHARE ILMU BY ---------> mindafahmidotcom

Anda semua tahu kan sekarang bangkit isu baru iaitu GANGNAM STYLE..  biasa tengok kan kt Youtube? macam- macam style. Perempuan, lelaki tak kurang hebatnya.. tak salah nak menari kalau ianya tidak mengundang apa- apa yang kurang selesa.. saya pun nengok jugak.. best kot. Kalau tak silap saya, mencecah 1 juta yang view video tu.. Memang macam tak masuka akal kan? Tapi tulah hakikatnya.

so, di sini saya ada nak share sesuatu yang saya dapat dalam Facebook.. copy bagi semua pambaca dapat share ilmu yang tuan penulis share kat Facebook. ( Dia pun bagi tau Share.. ) Semoga, segala Ilmu yang saya ambil dari tuan penulis di berkati Allah dan di Redhoi.. Amin.  JOM BACA
--------------------------------------------------------------------------------


1. Baik ke tidak? kalau baik teruskan. Kalau tak baik, tinggal.
2. Sopan ke tak? kalau sopan, promosikan. Kalau tidak, buat apa popularkan?
3. Syara' atau tidak? kalau ianya sebuah maksiat, melibatkan pendedahan aurat dan aksi- aksi yang mengiurkan, buat apa promosikan kepada ramai?
Menari salah tak?
Kalau tanya saya, secara asasnya menari tidak salah. Nak buat style apa pun buatlah. Selagi mana guideline syara'nya dijaga. Aurat dijaga, adab sopan dijaga, dan terpancar daripada tindakan kita itu wajah seorang muslim / muslimah yang beriman kepada Allah SWT, bukan sebaliknya.

Isunya bukan Gangnam Style. Isunya, apa style pun, mewajahkan Islam tak? Kalau Gangnam Style tu, kita menari, terpancar akhlak seorang muslim/muslimah pada diri kita, why not teruskan dan popularkan? Begitu juga dengan style-style yang lain.
Tetapi kalau sekadar akhirnya menunjukkan kerendahan akhlak, membuang kesopanan, menghilangkan keindahan peribadi seorang muslim/muslimah, kenapa teruskan dan popularkan?
Akhir kata, suka juga saya nak cakap kepada yang menegur isu Gangnam Style ni. Pertama, sila consider masyarakat yang tak faham pempraktisan Islam yang sebenar, gaya hidup Islam yang sebenar. Benda ini benda kemasyarakatan. Saya sendiri perasan ayat Gangnam Style ni bila ada sebuah keluarga melayu nak sambut raya, buat tarian gangnam ni. Jadi, janganlah tegur dengan sindiran dan perlian.
Ada orang, hidup tak dapat fikrah Islam.
Ada orang, ada fikrah Islam, tetapi belum mampu memahamkan seluruh keluarga. Keluarganya tak faham fikrah Islam, tetapi ada semangat nak tunjukkan ukhuwwah keluarga, buat video menari yang kalau dikira dengan aras ukur 'masyarakat sekarang ni', taklah teruk sangat. Kita pun sedia maklum, demam K-Pop memang kuat sekarang ini.
Da'ie kena consider benda ini. Kalau kita ni da'ie (penyeru) lah. Kalau kita ini ada tanggungjawab menjadi penghukum, itu cerita lain.
Jadi, janganlah teguran kita hingga melukakan. Memang ada masa, tegur kena tegas. Ada masa, sindiran itu perlu. Tetapi dalam bab 'orang sekadar tersilap cara nak ekspresikan kegembiraan dan hubungan erat kekeluargaan', saya tak rasa teguran menyindir, 'tunjuk kuat', adalah cara teguran yang baik.
Berikan solusi, berikan kaedah, biar orang faham titik asalnya silap di mana. InsyaAllah, mereka akan terkesan, faham, dan akan berusaha buat perubahan sedikit demi sedikit.

Credit by :  mindafahmidotcom

Saturday 1 September 2012

Bila Kamu Mula Rancang Untuk Berubah


Bila kamu sudah mula merancang untuk melakukan perubahan, maka teruskanlah.

Jangan gentar dan jangan rebah dengan ujian- ujian di sepanjang jalan.

Allah ada sedang memerhatikan.

Allah ada sedang menjadi teman.

Bukanlah setiap masa kita akan terus menerus diuji dengan kesusahan dan kepayahan. Akan sampai satu masa nanti, sekiranya kita bersabar dan terus kuatkan diri, Allah akan memberikan hadiah kemenangan kepada kita.



Credit By :
~~Afdholul Rahman of LangitIlahi
artikel Bila Kamu Mula Rancang Untuk Berubah
(010912)



MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!

Ingat tak siapa yang melaungkan Merdeka time ni?? tentu lah Bapa Kemerdekaan Malaysia. Tengku Abdul Rahman.. Tahu tak kat mana? ramai yang tidak tahu kan? laungan ni bukan di KL, bukan di Dataran Merdeka dan bukan di Masjid India malah bukan juga di Jalan TAR ia bukan juga di Uptown Shah Alam. Laungan Merdeka sebenarnya di laungkan di Melaka. Tapak laungan  kemerdekaan sudah tiada lagi di Melaka. Mari kaji sejarah?? sejarah merupakan fakta. tidak boleh di ubah sama sekali. malah untuk menghilangan sejarah juga tidak boleh.  Sejarah Malaysia tetap wujud walaupun ditelan dek zaman. Cuma, kita kena belajar dan masih mencari ilmu tersebut Harap Maklum. Terima Kasih

Selamat Hari Merdeka buat seluruh rakyat Malaysia yang berjiwa kemerdekaan. waahh. seronok merdeka tahun ni kan? Merdeka Raya. sakan la rakyat Malaysia sambut Merdeka + Raya. Saya pun tak kurangnya Alhamdulillah.. Merdeka Raya sambut dengan meriah. Semoga Malaysia menjadi sebuah negara yang aman dan damai. Amin. cuma study je tak Merdeka lagi. assingment masih berbaki 3. Insyallah dengan berkat doa semua, saya akan berusaha untuk menyiapkan assingment.. hehe~

Bismillah..


assalamualikum... Wahhhhh!!! (teruja coz baru je buat blog.. ) Hi, selamat berkenalan readers.. Nama diberi oleh ayahnda dan bonda ialah Nurul Farehah Binti Hairudin.. maknanya "Cahaya Kegembiraan". Boleh panggil Reha @ Rehan @ farehah @ Cik Farhah whatever yang penting makna yang baik. anak jati Johor Darul Takzim. lahir pada 06 april ..... (rahsia..) hehe~ masih menuntut di sebuat institusi pengajian tinggi di Melaka Bandar bersejarah.. dalam jurusan Pengurusan Dan Pentadbiran Islam... doakan yang terbaik untuk saya ye.. semoga Allah merahmati.. semoga apa yang hendak saya share, ianya tentang saya, tentang mereka, tentang sekeliling saya.. agar tuhan meredhoi. Semoga  ianya tidak terpesong dari ajaran dan ianya tidak melalaikan.. ADA ILMU KITA SHARE ... maka, jika ada kesalahan, tegurlah hamba yang masih lagi belajar untuk mengenal erti hidup.